PRACTICE MAKE PERFECT
Wednesday 2 March 2016
Tuesday 28 April 2015
KONSEP MUZIK
Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan
mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai
penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7
elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.
Konsep 1:
IRAMA
Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza
yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada
muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur
pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza.
Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo dan
nilai not dan tanda rehat.
- DETIK:
- Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan merupakan elemen yang fundamental yang penting dalam muzik .Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu etik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik.
- METER
- Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.
- Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraan meter dalam muzik.
2
|
3
|
4
|
2
|
3
|
4
|
3
|
3
|
4
|
4
|
4
|
2
|
2
|
2
|
8
|
8
|
- Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unit manakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik/not yang digunakan samada not krocet (4), minim (2), Kuaver (8) dan sebagainya
- Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim.
i) Meter Lazim
Meter 2 , 3 , dan 4 dikenali sebagai meter lazim.
Dalam
4 4 4
meter lazim duaan 2 , setiap bar mengandungi dua
4
detik krocet (♪).Setiap detik krocet bersamaan dengan
2 nilai kuaver
(♪ = ♪ ♪ )
Contoh 1 - nilai : 2
4
Huraian: 2
mewakili detik dalam setiap bar,
4 mewakili
jenis not yang digunakan ( krocet)
ii) Meter
tak lazim
Meter 6 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik
mempunyai nilai
8
yang sama dengan nilai masa 3 kuaver (♪). Dalam suatu
bar terdapat dua detik yang ditulis sebagai “♪. ♪.” dimana setiap krocet
bertitik ♪.. mewakili 3 kuaver (♪♪♪)
Contoh 2 - nilai 6
8
Huraian: 6
mewakili detik dalam setiap bar,
8 mewakili
jenis not yang digunakan (kuaver)
1.3 TEKANAN
- Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan. Semasa menyanyi sesuatu corak irama seringkali dapat didengar detik yang dirasakan lebih kuat atau diberikan penegasan daripada detik-detik yang lain. Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang. Detik yang kuat dikenali sebangai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda “ >” atau “ ^ ”
- Contoh tekanan:
- TEMPO
- Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak irama muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza samada cepat, sederhana atau lambat.
- Antara jenis-jenis tempo ialah:
- ALLEGRO (Rancak, Cepat)
- AN DAN TE (Sederhana Cepat)
- ALLA MARCIA (March, Patriotik)
- DAL CAPO (D.C) Irama diulang
- Tempo juga boleh dinyatakan dalam unit digit iaitu
♪ = 114 atau
♪ = 60
- NILAI NOT DAN TANDA REHAT
- Panjang atau pendek sesuatu bunyi dilambangkan dalam bentuk not. Nilai sesuatu not dapat dipnjangkan dengan meletakan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mewakili separuh daripada not asal. Contohnya minim bertitik. Berikut adalah bentuk-bentuk not yang terdapat di dalam seni muzik.:-
·
Tempo Terms
·
Grave – Very Slow
·
Largo, Lento – Slow
·
Larghetto – A little faster
than Largo
·
Adagio – Moderately Slow
·
Andante – “Walking” Tempo
·
Andantino – A little faster
than Andante
·
Allegretto – A little slower
than Allegro
·
Allegro – Fast
·
Vivace – Lively
·
Presto – Very Fast
·
Prestissimo – Very Very Fast
·
Moderato – Moderate(ly)
·
Molto – Very
·
Accel., Accelerando - Gradually
becoming faster
·
Rit., Ritardando – Gradually
becoming slower
Subscribe to:
Posts (Atom)